Rabu, 21 Oktober 2009

PUISI: 1 MALAYSIA




















1 MALAYSIA.


1 Malaysiaku cemerlang.
Dipelusuk dunia.
Anak bangsamu.
Marah menujuh angkasa.

1 Malaysiaku gemilang.
Kami anak bangsamu.
Tidak henti membersikan.
Namamu dan menjaga jangan ada yang tercalar.

1 Malaysiaku terbilang.
Diperkatakan diseluruh dunia.
Kemakmuran, keamanan, kedamaian.
Walau berbilang bangsa, agama dan keturunan.

1 Malaysiaku.
Bumimu subur menghijau.
Penuh kazanah kurnian ILLAHI.
Pemimpin yang bijak dan adil.

Tidak henti terus berdiri.
Menghidupkan semangat kami.
Anak bumi malaysia.
Yang merdeka...... 1 Malaysia.


Coretan pen:
SUARDI ISMAIL @ SAAD P.M
PENULIS MUSAFIR.
20/02/2008. jam 12:56am ( Rabu )
W.P.Labuan.

Sabtu, 3 Oktober 2009

kenaganku







mencari ilham menyambung skrip...... kerana minat...saya kena juga buat....













ini lah teman-taman yang aku tinggal di pulau labuan..... semoga skses selalu....

taiter pentas PERWILA LABUAN 2008


Ahad, 31 Mei 2009

bumi hijau

“ BUMI HIJAU “

Luas terbentang bumi ini,
Penuh dengan kehijauan,
Kehijauan yang tidak diwarnakan,
Oleh makhluk yang ada,


Bumi hijau ini lahir,
Dari khazanahnya,
Untuk kehidupan yang segar,
Tidak minta untuk dibayar,


Bumi hijau ini,
Sudah cukup untuk segalanya,
Memberi keperluan hidup,
Tiada yang kurang buat kita yang,
Datang dengan tangan kosong,


Tetapi, ada yang tidak puas hati,
Konon-konon tidak cukup baginya,
Sanggup memperkosa bumi hijau ini,
Hingga punah-ranah segalanya,


Bumi hijau ini,
Bertukar menjadi,
Bumi batu,
Perbuatan oleh tangan,
Yang kejam,


Hasil Nukilan;
SUARDI ISMAIL @ SAAD

Sabtu, 30 Mei 2009

PERWILA


GAMBAR AKTIVITI PERWILA DI KOTA KINABALU DAN LABUAN
2008-2009



BUKU PUISI

KUMPULAN PUISI LABUAN YANG PERTAMA DITERBITKAN PADA TAHUN 2009
HASIL PENULIS-PENULIS LABUAN PERSATUAN (PERWILA)
PENULIS-PENULISNYA;-
*RAFIDAH BT MOHAMAD ( bintang syurga)
*FATEN HAMAMA @ BONDENG ( FAHBAH )
*SUARDI ISMAIL @ SAAD P.M ( PENULIS MUSAFIR )
*HAJAH HASNAH SAMBAS
*HAJI OTHMAN MAHALI
*LIA MAISARAH
*ISMA R.H
*NORGADIS LABUAN
*SAMSA HARRIS
*SUILI BAKAR ANS
*YAHYA AHMAD PUTEH

LOGO PERWILA

LOGO PERSATUAN SAYA DI LABUAN
PERSATUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
( PERWILA )

AHLI KELUARGA SAAD

ini sebilangan ahli keluarga saya yang tersayang,
RAZALI (adik bungsu berdiri belakang)
dari kiri baju melayu hitam,
ABG ARMAN, UMME TERSAYANG, saudara kembar saya SUHARDI @ UDIN.
yang tiada dalam gambar.
saya sendiri SUARDI @ SAAD, adik perempuan saya, ASIAH, dan abah saya ISMAIL.

biodata saya

biodata saya
Suardi Ismail @ Saad P.M, berasal dari Sandakan Sabah, dilahirkan di Hospital Besar Sandakan pada 15/11/1981, saya membesar di Kg Batu 25 Sandakan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Dusun Sandakan pada tahun 1988 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum dari 1995 hingga 1998. Saya merupakan anak yang ketiga dari 5 orang adik beradik dan saya juga mempunyai seorang saudara kembar. Saya mula bermusafir pada tahun 1999 ke Labuan untuk meneruskan kryah saya sebagai seorang penulis walaupun tak dikenali oleh kebanyakkan orang. Perjalanan bermusafir yang saya lalui sungguh perit sehingga ianya tak dapat diceritakan kesemuanya. Saya mula berminat dalam penulisan puisi-puisi islam ini sejak saya di bangku sekolah semasa darjah 5, sehingga kini saya tidak pernah untuk berputus asa menulis puisi-puisi islam. Di Labuan saya amat bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dia telah mempertemukan saya dengan persatuan penulis-penulis Labuan ( PERWILA ) dan saya juga merupakan salah seorang ahli dari persatuan itu. Kini semangat saya untuk terus menulis semakin membara dan sekarang saya dalam perjalanan menyiapkan sebuah novel yang bertajuk "TERJAWAB PERSOALAN SETELAH BERTEMU HIDAYAT". Saya juga telah banyak menulis skrip untuk drama, tetapi belum lagi diterbitkan oleh kerana banyak kemusykilan yang sukar di selesaikan. penulisan puisi-puisi islam dan dakwah ini sudah sebati dalam hidup saya. Di Labuan jugalah nama SAAD P.M mula lahir sebagai nama pena yang baik, P.M yang bermaksud PENULIS MUSAFIR dan SAAD datangnya dari seorang hamba ALLAH yang datang dari tanah ARAB dan memberikan nama SAAD itu kepada saya. Sehingga hari ini SAAD P.M menjadi nama pena saya di pulau Labuan ini. Sekian.Hasil Nukilan Saad P.M

tabung kemanusiaan Palestin

tabung kemanusiaan Palestin

"SEPULAU SEKASIH KITA"

"SEPULAU SEKASIH KITA"
KINI DIPASARAN....!!!!!! CUMA... RM15.00 SENASKAH.. DAPATKAN SEKARANG PUISI-PUISI PULAU LABUAN. untuk tempahan sila hubungai: SAAD P.M. Tel: 016 827 6017 / 019 538 7729. emil: saadlabuan_07@yahoo.com

puisi

MUHAMMAD S.A.W PEJUANG SEJATI

Keutara, keselatan,
Timur dan barat,
Datang kepenjuru-penjuru dunia,
Menghantar SAHABAT,
Tak kira dimana,
Asalkan ada yang bergelar manusia,

Langkamu tidak berhenti,
Walau diusir,
Dicaci,
Dimaki,
Dan dihina,
Ujian dihadapanmu,
Tidak engkau perduli,
Kerana perintah yang amanatkan,
Dapat engkau sampaikan,

Perjuanganmu tidak engkau minta balasan,
Sempati dari mereka makluk ciptaannya,
Tetapi engkau mengharap keredhannya,
Dari TUNAHMU yang maha pengasih,

Dengan asbab langkamu,
Perjuanganmu,
Membawa amanah dan dakwah,
Menyampaikan kalimah ALLAH,
Dengan sempurnah,

Hari ini lahirlah kami,
Sebagai umat mu,
Yang akan menyambung amanah ini,
Sampai tibanya hari pembalasan.

Hasil nukilan;
SUARDI ISMAIL
SAAD P.M
24 / 11 / 2008 . 7:14pm
Kota Kinabalu