Jumaat, 22 Januari 2010

Nur Cahaya Illahi....2010, krya : Saad P.M













 Nur Cahaya Illahi.....2010







ini lah skrip aku 2010. insahallah...ia akan ditayangkan pada 2010.




Nur Cahaya Illahi….. skrip ini di tulis oleh Penulis Musafir @ Saad P.M.


Nur Cahaya Illahi menceritakan kisah seorang gadis yang bernama Nurul berusia belasan tahun. Nurul seorang budak yang sangat degil dan keras hati, Nurul juga selalu mengikut kata hatinya. Nurul dilahirkan dari keluarga yang serbah kekuranggan “miskin”. Nurul sudah tidak sanggup lagi hidup dalam serbah kekurangan dan dia selalu berangan-angan untuk mempunyai kehidupan yang serbah cukup seperti kawan-kawannya yang lain. Setelah kematian ayahnya, hidup nurul semakin tertekan melihat keadaan keluarganya. Cuti persekolahan Nurul pun bermula, Akhirnya Nurul membuat keputusan untuk pergi ke kota mencari pekerjaan.
Nurul juga meminta izin dari ibunya untuk pergi ke kota mencari pekerjaan, ibu Nurul membenarkan Nurul pergi dengan hati yang terpaksa oleh kerana ibunya bimbang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku pada Nurul.
Setelah hampir beberapa minggu Nurul berkerja di kota, dia bertemu dengan seorang jejaka yang tampan, kaya raya dan ternama. Setelah seminggu berkenalan, mereka pun menjadi sepasang kekasih. Oleh kerana Nurul telah berjumpa dengan jejaka yang menjadi impiannya selama ini dan tak mauh kehilangan jejaka itu, Nurul telah membuat pembohongan terhadap jejaka itu yang dia adalah seorang “anak yatim piatu”. Akhirnya Nurul berjaya menawan hati jejaka itu sehinggalah impian Nurul tercapai sampai kejinjang pelamin “kahwin”. Perkahwinan Nurul akhirnya diketahui oleh ahli keluarganya melaluai kaca tv. Setelah setahu, abang kepada Nurul cuba untuk mencari Nurul di kota oleh kerana ibunya yang sakit tenat dan merindui Nurul. Abang Nurul dapat berjumpa dengan Nurul, tetapi malang sekali, abangnya tidak berjaya untuk membawa Nurul kepangkuan ibunya. Setelah ibu Nurul sihat dari sakit, ibunya juga bercadang untuk pergi mencari Nurul di kota tanpah pengetahuan abang nurul. Ibu dan Sia adik kepada Nurul pun pergi ke kota untuk mencari Nurul, akhirnya Ibu Nurul dapat berjumpa dengan Nurul, tetapi Ibu Nurul juga tidak dapat membawa Nurul pulang ke kampung…. Apa yang akan berlaku kepada Nurul dan ibunya….? Ikuti cerita ini selanjutnya…..


Suardi Ismail.
Penulis Musafir @ Saad P.M.

1 ulasan:

  1. Apa khabar Saad, lama tak dgr berita... wah dah buat skrip? Alhamdulillah... nmpknya masih menulis... teruskan minat anda...

    BalasPadam

biodata saya

biodata saya
Suardi Ismail @ Saad P.M, berasal dari Sandakan Sabah, dilahirkan di Hospital Besar Sandakan pada 15/11/1981, saya membesar di Kg Batu 25 Sandakan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Dusun Sandakan pada tahun 1988 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gum-Gum dari 1995 hingga 1998. Saya merupakan anak yang ketiga dari 5 orang adik beradik dan saya juga mempunyai seorang saudara kembar. Saya mula bermusafir pada tahun 1999 ke Labuan untuk meneruskan kryah saya sebagai seorang penulis walaupun tak dikenali oleh kebanyakkan orang. Perjalanan bermusafir yang saya lalui sungguh perit sehingga ianya tak dapat diceritakan kesemuanya. Saya mula berminat dalam penulisan puisi-puisi islam ini sejak saya di bangku sekolah semasa darjah 5, sehingga kini saya tidak pernah untuk berputus asa menulis puisi-puisi islam. Di Labuan saya amat bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dia telah mempertemukan saya dengan persatuan penulis-penulis Labuan ( PERWILA ) dan saya juga merupakan salah seorang ahli dari persatuan itu. Kini semangat saya untuk terus menulis semakin membara dan sekarang saya dalam perjalanan menyiapkan sebuah novel yang bertajuk "TERJAWAB PERSOALAN SETELAH BERTEMU HIDAYAT". Saya juga telah banyak menulis skrip untuk drama, tetapi belum lagi diterbitkan oleh kerana banyak kemusykilan yang sukar di selesaikan. penulisan puisi-puisi islam dan dakwah ini sudah sebati dalam hidup saya. Di Labuan jugalah nama SAAD P.M mula lahir sebagai nama pena yang baik, P.M yang bermaksud PENULIS MUSAFIR dan SAAD datangnya dari seorang hamba ALLAH yang datang dari tanah ARAB dan memberikan nama SAAD itu kepada saya. Sehingga hari ini SAAD P.M menjadi nama pena saya di pulau Labuan ini. Sekian.Hasil Nukilan Saad P.M

tabung kemanusiaan Palestin

tabung kemanusiaan Palestin

"SEPULAU SEKASIH KITA"

"SEPULAU SEKASIH KITA"
KINI DIPASARAN....!!!!!! CUMA... RM15.00 SENASKAH.. DAPATKAN SEKARANG PUISI-PUISI PULAU LABUAN. untuk tempahan sila hubungai: SAAD P.M. Tel: 016 827 6017 / 019 538 7729. emil: saadlabuan_07@yahoo.com

puisi

MUHAMMAD S.A.W PEJUANG SEJATI

Keutara, keselatan,
Timur dan barat,
Datang kepenjuru-penjuru dunia,
Menghantar SAHABAT,
Tak kira dimana,
Asalkan ada yang bergelar manusia,

Langkamu tidak berhenti,
Walau diusir,
Dicaci,
Dimaki,
Dan dihina,
Ujian dihadapanmu,
Tidak engkau perduli,
Kerana perintah yang amanatkan,
Dapat engkau sampaikan,

Perjuanganmu tidak engkau minta balasan,
Sempati dari mereka makluk ciptaannya,
Tetapi engkau mengharap keredhannya,
Dari TUNAHMU yang maha pengasih,

Dengan asbab langkamu,
Perjuanganmu,
Membawa amanah dan dakwah,
Menyampaikan kalimah ALLAH,
Dengan sempurnah,

Hari ini lahirlah kami,
Sebagai umat mu,
Yang akan menyambung amanah ini,
Sampai tibanya hari pembalasan.

Hasil nukilan;
SUARDI ISMAIL
SAAD P.M
24 / 11 / 2008 . 7:14pm
Kota Kinabalu